infomedia.tv


 
infomedia.tv merupakan salah satu produk yang dikeluarkan oleh INFOMEDIA NETWORK SDN BHD, iaitu saluran TV internet yang akan ditayangkan secara langsung 24 jam sehari, di mana berbagai bentuk rancangan disajikan kepada pelanggan berdaftar secara percuma 

Rancangan yang ditayangkan amat jauh berbeza dengan saluran televisyen arus perdana di mana saluran ini akan menyajikan rancangan yang berkisar tentang minat golongan belia dan remaja masakini.  Contohnya rancangan majalah yang berkisar tentang gajet, novel, fesyen masakini, isu-isu semasa yang menyentuh kehidupan belia dan remaja, komik, gosip rakan-rakan, makanan, kenderaan, program berunsur kerohanian, hiburan, drama pendek  dan berbagai lagi.

Buat permulaan, infomedia.tv akan menyiarkan 3 jam kandungan baru setiap hari dan akan diulang sebanyak 8 kali sehari, kecuali isu-isu semasa dan berita, di mana berita yang ditayangkan adalah berkisar tentang kehidupan pelajar kolej dan universiti, golongan kelas bawahan seperti kerani, jurujual & despatch serta berita-berita yang pasti tidak akan keluar di mana-mana rangkaian arus perdana.  Tujuan diulang adalah untuk golongan yang tiada kesempatan menonton pada waktu-waktu tertentu.

Justeru, infomedia.tv menyediakan platform kepada golongan belia dan remaja agar suara mereka didengari selain menikmati informasi dan hiburan terkini.

Kami juga menyediakan ruang iklan untuk syarikat-syarikat kecil dan sederhana yang kurang berkemampuan untuk mengiklan produk atau perkhidmatan mereka di dalam media arus perdana.  Berbagai bentuk pilihan pakej pengiklanan akan kami tawarkan kepada mana-mana syarikat yang berminat.

No comments:

Post a Comment