Vintage Crew




SAIFULLYZAN BIN ABDULLAH
Pengarah Urusan dan Pengasas Infomedia Network Sdn Bhd, memiliki Bac. Sains Pembangunan Manusia UPM 1995 dan Diploma 1992.  Berpengalaman menerbitkan drama HVD pada tahun 1996 sebelum meneruskan kariernya sebagai Penerbit di Worldview Media yang memiliki saluran televisyen Young Asia Television di Sri Lanka pada 1997-1999 dan menerbitkan berbagai bentuk dokumentari dan talkshow.  Berpengalaman luas dalam bidang videografi dan penerbitan video serta rancangan televisyen dan filem. Ahli PROFIMA AB13804.

 
AMIRNORDDIN BIN MAAROF
Memulakan karier sebagai Visual Editor pada tahun 1988 dengan berbagai syarikat penerbitan televisyen perdana, antaranya Keen Holding, Redza Film, TVP, Ogy’s Production, Singapore Duet Broadcast Sdn Bhd, Radio Television Brunei, Warna Warisan Sdn Bhd dan banyak lagi. Berkemahiran dalam selok belok penyuntingan, kejuruteraan penyiaran, peralatan penggambaran, pos produksi dan segala yang berkaitan dengan penerbitan dan penggambaran sesebuah produksi.  Amirnorddin mempunyai rekod sejarah yang cemerlang dalam bidang penerbitan dan program televisyen.

 
ROHMANI GOLL HASAN
Memulakan karier sebagai Jurukamera di sebuah televisyen tempatan sejak tahun 1980-an.  Kemudian mengorak langkah ke bidang pengarahan dan mempelajari segala selok belok di dalam bidang penggambaran dan segala yang berkaitan dengan penerbitan dan penggambaran sesebuah produksi. Kini, beliau mempunyai rekod sejarah yang cemerlang dalam bidang penerbitan program televisyen seperti drama dan dokumentari di Malaysia.  Rohmani Goll Hasan adalah ahli FDAM dengan nombor keahlian A123.

No comments:

Post a Comment